eCONVERSION: Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini, bro ingin ambil kesempatan untuk berkongsi sedikit-sebanyak maklumat mengenai eConversion iaitu permohonan pengurangan pinjaman pelajaran MARA. Kepada semua yang bergelar pelajar tajaan MARA, terutama lepasan universiti yang sudahpun menamatkan pengajian, sila ambil perhatian.

Barangkali, pinjaman pelajaran kalian akan jadi biasiswa penuh. Barangkali juga, mungkin hanya perlu bayar 1%, ataupun 10%. Semuanya bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MARA. Apa yang penting, hanya perlu buat permohonan secara atas talian (online).

Siapa yang layak buat permohonan?

  1. Pelajar yang menerima bantuan pinjaman yang ditawarkan pada 01.01.1985 dan ke atas kecuali bagi pengajian di peringkat Sarjana dan PhD di bawah Skim Pinjaman Terbuka (SPT) mulai 01.01.1998
  2. Lulus pengajian di bawah tajaan MARA
  3. Sudah mendapat Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan transkrip rasmi

Bagaimana nak memohon?

  1. Buka laman sesawang rasmi eConversion
  2. Rujuk (i) Syarat pengurangan pinjaman pelajaran dan (ii) Panduan pengguna
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan (IC) dan No akaun MARA
  4. Klik butang “Hantar”
  5. Isi semua maklumat peribadi dan jangan lupa tandakan butang ’check box’ di ruangan Perakuan Pemohon
  6. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan
  7. Tekan butang ‘Cetak’
  8. Borang permohonan eConversion perlu disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut:
    (i) Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan lain-lain (yang berkaitan)
    (ii) Transkrip rasmi
  9. Semua dokumen (8) dikemukakan hendaklah disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B/Penghulu/Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai (JP)/Wakil Rakyat/Pegawai-Pegawai dalam Perkhidmatan. Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
  10. Permohonan hendaklah dihantar dalam tempoh 30 hari ke alamat berikut:

Unit Conversion
Bahagian Kawalan Kredit
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

Rasa, cukuplah 10 langkah mudah untuk memohon pengurangan pinjaman pelajaran MARA. Kalau tak nak berhutang banyak, curi lah sedikit masa emas anda untuk memohon. Kejap je jika nak dibandingkan dengan masa yang akan anda ambil untuk lunaskan hutang berpuluh-puluh ribu kelak. Kalau murah rezeki, harap-harap dapatlah pengurangan.

Tips: Sebarang pembayaran yang telah dibuat sebelum Pengurangan Pinjaman Pelajaran diluluskan tidak akan dikembalikan. Nasihat bro, kalau dah buat permohonan, tunggu kelulusan dulu sebelum membuat pembayaran balik kepada pihak MARA.

Apa maklumat penting dalam proses permohonan?

econversion homepage

Untuk permohonan baru, hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun MARA. Kemudian,klik ‘hantar’ untuk ke halaman seterusnya.

Tips: Nombor akaun MARA boleh tengok di surat-menyurat dari pihak MARA

econversion maklumat permohonan

Lengkapkan borang permohonan terutama sekali alamat surat-menyurat, nombor telefon dan e-mel.

econversion peringkat pengajian

Seterusnya, lengkapkan bahagian maklumat pengajian di bawah tajaan MARA. Maklumat seperti peringkat pengajian, tempoh pengajian, pencapaian, kelayakan dan negara/institusi perlu diisi semasa membuat permohonan.

Tips: Klik butang yang disediakan jika mempunyai lebih daripada satu peringkat pengajian.

econversion maklumat pekerjaan dan perakuan

Bahagian terakhir, lengkapkan maklumat pekerjaan seperti status pekerjaan, nama jawatan, tarikh mula bekerja, nama majikan, alamat majikan, alamat surat-menyurat dan nombor telefon.

Akhir sekali, klik butang perakuan pengesahan dan klik butang ‘hantar’ untuk menghantar permohonan. Simpan borang permohonan untuk cetakan.

Tips: Butang “Cetak” kemungkinan tidak berfungsi. Alternatifnya, simpan borang permohonan dalam format PDF (Klik file -> print -> pilih PDF -> OK) untuk cetakan.

Semoga apa yang diterangkan di sini dapat membantu semua graduan dalam memohon pengurangan pinjaman pelajaran MARA. Apa-apa persoalan, boleh ajukan kepada BROSISWA samada di twitter mahupun facebook.

Bro menyeru kepada semua yang masih lagi melanjutkan pelajaran di bawah tajaan MARA, tidak kira lah di universiti tempatan mahupun di luar negara, belajarlah rajin-rajin. Cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Kepada adik-adik lepasan SPM sekalian, jangan lupa untuk memohon biasiswa/pinjaman pelajaran MARA sebagai salah satu alternatif untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Jangan lupa, ikuti pameran pendidikan terbesar di Malaysia untuk merebut peluang demi masa depan anda di Karnival Pendidikan MARA 2013

Semoga berjaya!




coded by nessus

2 thoughts on “eCONVERSION: Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA

  1. NZZ

    Salam Encik, sy merupakan pelajar lepasan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)2010 dan sy akan terbang ke UK pada september ini. Soalannya ialah anggaran yg perlu sy bayar kpd pihak MARA ialah rm150,000 sekiranya sy lulus. Adakah sy blh mndapst penguranagan lagi kerana pd pndpt sy hutang tersebut sgtlah tinggi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge