Dana Pendidikan The Star 2013 Dalam Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

The_Star_Edu_Fund_2013

The Star menekankan kepentingan pendidikan dalam membina sebuah masyarakat berpengetahuan. Bagi memenuhi aspirasi ini, Dana Pendidikan The Star buat julung kalinya dilancarkan pada tahun 1994 dengan tujuan utama untuk menyediakan peluang pendidikan kepada generasi muda Malaysia yang layak tetapi kurang berkemampuan. Setiap tahun, The Star bekerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan tempatan dan luar negara untuk merealisasikan aspirasi ini.  The Star mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon Dana Pendidikan The Star 2013 bagi melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah di dalam negara bagi tahun akademik 2013.

Ciri-ciri

  • Biasiswa penuh.
  • Biasiswa separa penuh.
  • Belajar di institusi pendidikan tinggi dalam negara.
  • Peringkat Pengajian: Pra-Universiti (A-Level, Foundation, dan lain-lain), Diploma, Sijil Profesional dan Ijazah Sarjana Muda.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih daripada 25 tahun pada 1 Januari 2013.
  • Cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum & aktif dalam sukan.
  • Tidak terikat atau menerima apa-apa bantuan kewangan atau anugerah daripada lain-lain institusi pendidikan atau organisasi.
  • Bagi kursus Foundation / Diploma, pemohon mestilah mempunyai keputusan yang agak baik dalam SPM / UEC atau setaraf.
  • Bagi Diploma Tinggi dan Ijazah, pemohon mestilah mempunyai keputusan yang agak baik dalam peperiksaan STPM / A-Level / UEC atau setaraf.

Bidang Pengajian

  • Kejuruteraan
  • Perakaunan
  • Pengkomputeran / ICT
  • Kewangan
  • Ekonomi
  • Sains Kesihatan Bersekutu
  • Undang-undang
  • Kewartawanan
  • Seni
  • Senibina
  • Perniagaan
  • Kejuruteraan (Mekanikal)
  • Kejuruteraan (Awam)
  • Kejuruteraan (Elektronik)
  • Kejuruteraan (Elektrik)
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Komunikasi
  • Pengurusan
  • Pemasaran
  • Hospitaliti
  • Senireka
  • Seni Kulinari
  • Fesyen
  • Pelancongan
  • Pengiklanan
  • Komunikasi Massa
  • Ukur Bahan
  • Penyiaran
  • Multimedia
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Sumber Manusia
  • Psikologi
  • Senireka Dalaman
  • Senireka Grafik
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Logistik
  • Pengajian Media

Cara Memohon

Borang permohonan boleh diperolehi di http://thestar.com.my/edufund/tier2/edufundform_tier2.pdf:

Hantar borang permohonan anda dengan salinan dokumen sokongan yang disahkan bersama sampul beralamat sendiri (25cm x 30cm) dan stem (60 sen) untuk sebarang pertanyaan ke:

Manager
The Star Education Fund
c/o Star Publications (M) Bhd
Menara Star
15 Jalan 16/11 Section 16
46350 Petaling Jaya Selangor

Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Permohonan yang lengkap mesti sampai kepada pihak The Star dalam masa dua (2) minggu selepas pengumuman keputusan SPM atau STPM. Permohonan yang lewat tidak akan diterima.

Pelajar digalakkan untuk memohon secara berasingan kepada institusi pilihan masing-masing untuk kemasukan.

Tarikh Tutup Permohonan

14 April 2013

Maklumat Lanjut dan Lampiran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>