Biasiswa JPA 2013 (Program Khas Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Biasiswa JPA 2013

Permohonan biasiswa tajaan JPA 2013 bagi lepasan SPM 2012 telah dibuka mulai pukul 5 petang, 25 Mac 2013 (Isnin). Untuk makluman kepada semula pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, pihak JPA menawarkan biasiswa dibawah program khas Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea.

Ciri-ciri

  • Biasiswa penuh daripada Pra-Universiti / Foundation sehingga ke peringkat ijazah (yuran tuisyen, komputer riba, penginapan dan elaun sara hidup).
  • Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.
  • Peluang pekerjaan bersama JPA selepas tamat pengajian.

Syarat Kelayakan

  • Pelajar lepasan SPM tahun 2012
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur kurang 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan)
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
  • Syarat penuh mengikut program boleh dirujukĀ disini.

Bidang Pengajian

  • Program Khas Jerman
  • Program Khas Perancis
  • Program Khas Jepun
  • Program Khas Korea

Cara Memohon

Layari laman sesawang Biasiswa JPA 2013 – Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Sila baca dengan telitiĀ Panduan Permohonan.

Tarikh Tutup Permohonan

1 April 2013

Maklumat Lanjut dan Lampiran

Untuk maklumat lanjut, sila layari eSila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge